Thursday, March 31, 2011

bler keKeceWAan melanDA Diri..

Ya Allah…
Sekiranya dia adalah suami pilihanMu untukku
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya dia adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya dia adalah suami untukku di SyurgaMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala masalah saat bersamanya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya dia tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya dia terhanyut terhadap nafsu yang menyesatkan
Kurniakanlah aku kekuatanMu agar aku dapat menarik dirinya keluar dari kesesatan tersebut

Ya Allah…
Kuatkanlah hati dan semangatku
Tabahkanlah aku dalam menghadapi segala cobaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disayangi suamiku
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah untuk suamiku

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang senantiasa ada dihatinya
Amin, Ya Robbal Alamin…

untuk hubby yg bby sayangi..
ni la perasaan sayang bby yg bby ada utk by..
maafkan bby ni je bby mampu utk by..
luv u,muhammad shahlan..

No comments:

Post a Comment